Volver

Malayo

Sumpah tujuh keturunan

Pada ketika dia berdepan dengan pasukan penembak, beberapa tahun kemudiannya, Kolonel Aureliano Buendia telah teringat akan suatu petang yang lama dahulu apabila bapanya membawa dia melihat ais. Pada waktu itu Macondo merupakan sebuah kampung kecil yang terdiri daripada dua puluh buah rumah bata jemuran, yang terbina di tebing sebatang sungai berair jernih, yang mengalir di sepanjang dasar berbatu licin, yang putih melepak lagi besar bagaikan telur binatang purbakala.

Cubiertas de Cien años de soledad - malayo Cubiertas de Cien años de soledad - malayo
Subir